Siaran Akhbar PI KJT Dedah Pendidikan Interaktif
20 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniProgram pembelajaran e-digital interaktif memberikan pengalaman baharu kepada murid Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak disini.
Program ini diadakan selama tiga hari bermula 17-19 Mei 2016, dengan penyertaan tiga (3) institusi pendidikan awal kanak-kanak, iaitu dari Tabika Kemas Al-Huda "A", Tabika Kemas Al-Huda "B" dan PASTI Bustanul Ariffin dengan jumlah peserta keseluruhan seramai 30 orang.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan asas komputer, klik dengan bijak (KDB), pembelajaran interaktif dan sebagainya. Acara selingan adalah dengan mencipta persaingan diantara mereka serta memberikan hadiah kepada peserta yang aktif.
Pembelajaran interaktif merupakan teknik baharu dalam dunia pembelajaran. Serta, memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada peserta dalam penggunaan komputer yang bijaksana.
Seterusnya, memberikan kelainan kepada peserta dan memberi pendedahan kepada dunia teknologi masa kini.
Semoga memberi manfaat, keyakinan dan semangat baharu kepada peserta untuk belajar sehingga berjaya melalui dunia baharu pembelajaran interaktif.
s
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: